Lokasi Wisma Yakin memang tiada tolok bandingnya. Terletak di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur, Wisma Yakin dikelilingi dengan pusat komersil dan perbankan, bangunan-bangunan pejabat syarikat terkemuka dan juga menawarkan akses yang mudah kepada sistem pengangkutan termasuk keretapi dan bas.
Antara bangunan-bangunan dan tempat menarik yang berada disekeliling Wisma Yakin adalah:
- Stesen keretapi Masjid Jamek (LRT)
- Bank-bank terkemuka seperti CIMB, Standard Chartered dan Maybank
- Pusat membeli-belah terkemuka di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR)
- Hotel-hotel antarabangsa dan bajet
- Pudu Sentral
- Restoran-restoran popular seperti Coliseum Café, McDonald dan Starbucks
- Dataran Merdeka

